Sabtu, 4 Julai 2015

KEISTIMEWAAN JAM COUNTERCLOCKWISE YANG KITA TIDAK TAHU


Jam Counterclockwise   – Khasiat dan Fungsinya Kepada Tubuh Badan Manusia

Bertemu lagi kita dalam artikel keluaran kali ini. Kali ini penulis ingin mengupas keunikan teknologi dalam penggunaan aksesori yang pada asalnya telah ditemukan sejak zaman Khalifah lagi. Jam tangan ‘counterclockwise ’ atau lebih dikenali sebagai Jam counterclockwise  sebenarnya mempunyai khasiatnya tersendiri.
Ramai yang tidak mengetahui khasiat kepada si pemakainya. Penulis akan kongsikan dalam artikel ini sedikit sejarah dan konsep Jam Tawaf ini dan bagaimana ia berfungsi dan memberikan kesan untuk tubuh badan manusia.

Arah tawaf
Bumi, bulan, bintang, matahari serta seluruh Galaksi Bima Sakti beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebenarnya adalah pusat medan magnet dunia. Perkara ini diakui oleh pihak NASA dimana suatu kajian telah dilakukan melalui pemerhatian dari angkasa lepas bahawa medan magnet seluruh dunia tertumpu di Kaabah yang merupakan pusat dunia.
Segala tenaga didunia ini terpancar dan dikawal dari medan magnet ini. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Hakikat ini masih tidak ramai yang tahu dan tidak ramai pakar-pakar Islam menemui hasil kajian hebat seperti ini.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.

Sejarah ringkas serta fungsi Jam Tawaf
Tahukah anda, jam yang ada kebanyakannya hari ini, ialah jam anti-tawaf? Pihak Barat telah mengubah konsep ini, yang merupakan salah 1 rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia. Minda manusia seluruh dunia berjaya diubah kepada penggunaan jam anti-tawaf seperti yang ada sekarang.
Fitrah penciptaan dunia seisinya, membuktikan semua yang ada di alam ini bergerak mengikut hukum TAWAF. Ini kerana Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan. Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan. Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah.
Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam. Perkara ini bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan. Maka, si pemakai Jam Tawaf akan merasai faedah yang tidak terhingga apabila memakai jam ikut arah hukum alam.

Kesan TAWAF Kepada Jasad Manusia
Pergerakan Jam Arah Tawaf ini memberikan faedah yang sangat positif kepada jasad tubuh badan si pemakainya. Antara khasiat-khasiatnya termasuklah:
I – pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak
II- pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda
III- membersihkan darah dari ion positif berlebihan akibat radiasi luar yang terperangkap
IV- meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan
V- merangsang daya tumpuan
VI- mengekalkan potensi diri yang optima
VII- mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan otak kanan
VIII- mengawal tekanan perasaan
X- meningkatkan daya keyakinan dan semangat
XI- mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser

Kesan TAWAF Kepada Rohani Manusia
Dalam pada itu, ia juga memberikan kesan spiritual dan kerohanian kepada si pemakainya. Ia menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri dan kanan. Ia juga dipercayai memenuhi falsafah hukum 7 Kuasa Tenaga iaitu:
1) Kebenaran mengatasi kesilapan
2) Kelajuan mengatasi kelewatan
3) Kemudahan mengatasi kejutan
4) Kestabilan mengatasi kucar-kacir
5) Kekuatan mengatasi kelemahan
6) Keuntungan mengatasi kerugian
7) Kejayaan mengatasi kegagalan
Disarankan bagi lelaki untuk memakainya di pergelangan tangan kanan dan bagi wanita pula digalakkan memakainya di pergelangan tangan kiri.
Kelebihan-kelebihan dan Khasiat Jam Tawaf (Counterclockwise) secara ringkas:
1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat.
2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej
tenaga secara tetap dan sekata.
3. Membantu mengawal rentak jantung
4. Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar.
5. Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.
Hukum Tawaf Ciptaan Allah
 jam tawaf
1. Medan Magnet:
Medan magnet ini menghasilkan medan elektromagnetik. Elektromagnet akan menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju. Kita sedia tahu keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet. Sedangkan medan magnet menggunakan hukum ke kanan, iaitu tawaf dan ciptaan Allah ini menggunakan konsep kitaran tawaf yang menjanakan elaktrik

2. DNA Makhluk Berjasad:
Imej getaran DNA yang ditunjukkan di dalam mikroskop mempunyai warna. Setiap warna jelas menunjukkan getaran yang terhasil. Perkara ini berlaku adalah konsep tenaga yang sentiasa mengikut hukum ke kanan, iaitu tawaf. Cuba kita perhatikan baik-baik, animasi DNA menunjukkan DNA membuat belitan ke arah kanan.
Pusingan DNA adalah jelas merupakan 1 fenomena kitaran tawaf dan semua makhluk di alam semesta ini ada trademark penciptanya. Oleh sebab itu, semua ciptaan Allah ada DNA masing-masing dan salah satunya Allah sentiasa menggunakan konsep kitaran tawaf.
3. Aliran Darah Manusia
Menurut kajian, aliran darah dalam urat saraf manusia ada 1 pergerakan istimewa. Yang istimewanya semenjak dari kandungan ibu lagi, kitaran darah anda ialah ikut sistem tawaf. Setiap aliran darah manusia yang melalui jantung adalah pergerakan ke arah kanan.
Oleh sebab itu bila perjalanan darah diganggu, maka badan manusia akan rosak. Molekul-molekul dan zarah dalam apa jasad pun, sentiasa bergetar ke arah kanan. Segala perbuatan dan aktiviti ke arah kanan dinamakan tawaf. Pesakit jantung yang memakai alat bantu pengepam dilarang untuk memakai Jam Tawaf ini kerana Jam Tawaf sentiasa kembalikan sistem kelilingnya kepada sifat fitrah.
Pesakit jantung yang memakai alat dan mesin nadi akan mempunyai kesan bila pakai Jam Tawaf. Ini kerana Jam Tawaf akan membatalkan hukum mesin ini sehingga mesin ini rosak. Apabila mesin rosak, ia tidak membantu pesakit jantung yang dibantu oleh mesin nadi tadi. Ini disebabkan jam tawaf sentiasa akan mengembalikan fitrah, sedangkan mesin jantung bertindak berlawanan. Oleh yang demikian, pesakit jantung dilarang memakainya.

4. Planet Bumi:
Tahukah anda, bahawa Tuhan sengaja mencipta planet bumi berputar ke arah kanan? Jika anda masih ingat, semua planet dalam sistem suria dan Galaksi Bima Sakti mengelilingi matahari dalam keadaan berputar ke arah kanan. Semua planet yang berjiran dengan bumi sentiasa tawaf kepada matahari.
Planet bumi yang kita duduki ini sentiasa berputar ke arah kanan di paksinya sendiri. Bahkan, matahari kita sendiri sentiasa berpusing di atas paksinya ke arah kanan. Semua tabiat dan kelakuan planet serta matahari ini adalah hukum putaran semulajadi ke arah kanan dan proses ke arah kanan ini sama dengan TAWAF Umat Islam mengelilingi Kaabah.
Taufan, Puting Beliung dan Aliran Air
5. Taufan, Puting Beliung dan Aliran Air:
Penulis mengajak para pembaca untuk memerhatikan taufan dan puting beliung dan taufan, anginnya berpusing dan bergerak ke arah kanan. Hukum ke arah kanan bersifatkan ketaatan. Putaran puting beliung ini sangat dahsyat dan kerana ketaatannya, pusingannya sentiasa ke kanan. Sifat ke kanan ini sering disifatkan sebagai putaran tawaf. Bukan itu sahaja, air dalam singki juga berputar ke arah kanan seperti Tawaf.
Tawaf itu sebenarnya mempunyai rahsia yang misteri, hanya Umat Islam sahaja yang mendedahkannya dan sudah tentulah rahsia kebaikan ini telah Allah abadikan di planet bumi iaitu dengan kehadiran Kaabah, di mana manusia mengelilingi dengan cara Tawaf.
Sebagai penutup, penulis ingin kongsikan sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“…Islam mula tersebar dalam keadaan pelik dan asing,  dan Islam akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing. (Hadis Riwayat Muslim )

9/10 Rezeki datangnya dalam perniagaan. Tetapi tidak semua perniagaan berjaya. Tidak semua perniagaan juga diberkati. Mudahan dijauhkan dari kita sebagai…

Ahad, 7 Jun 2015

Awas Bahaya! Pengguna gadget Harus Tahu

Awas...Radiasi Bebas di Tangan Anda


Tak terbayangkan berapa banyak radiasi yang ada di sekeliling kita, tanpa disadaripun kita turut sebagai penyumbang radiasi, hemm . . manusia sumber radiasikah? tidak tentunya, segala macam gadget yang selalu menjadi teman kesayangan kita ternyata dalam jangka panjang dapat menjadi musuh utama kita apabila digunakan secara berlebihan.
Teman radiasi yang sangat dekat ialah handphone, alat komunikasi semua kalangan. Bahkan anak-anakpun sudah mahir menggunakannya. Pada saat kita menerima atau melakukan sms/telpon handphone akan memancarkan gelombang elektromagnetik agar dapat berkomunikasi dengan pemancar operator terdekat.
Dalam jumlah kecil radiasi ini tidak berbahaya bagi manusia, tetapi dalam jumlah yang besar akan sangat membahayakan bagi kesehatan manusia.
Besarnya radiasi handphone dinyatakan dengan SAR (Specific absorption rate). SAR adalah nilai maksimum radiasi yang diserap oleh tubuh per satuan berat). FCC (salah satu lembaga di AS) menentukan besarnya SAR untuk handphone adalah maksimal sebesar 1,6 W/kg. Negara-negara di Eropa (European Union) menetapkan besarnya SAR maksimal adalah sebesar 2 W/kg.
Penelitian WHO tentang resiko cancer otak yang ditimbulkan oleh radiasi handphone menunjukkan bahwa radisi yang ditimbulkan tidak terlalu besar untuk dikhawatirkan. Namun penelitian baru yang dilakukan oleh India malah sebaliknya. Prof.Kurish Kumar sang peneliti menyebutkan adanya ancaman cancer untuk remaja dan anak-anak karena radiasi handphone ini, dia juga mengatakan bahaya radiasi juga terdapat disekitar menara Base Transceiver Station (BTS). Berikut kutipannya “Satu BTS bisa memancarkan daya 50-100Watt. Negara yang punya banyak operator selular seperti india bisa terpapar daya hingga 200-400Watt. Radiasinya tidak bisa dianggap remeh, bisa sangat mematikan”. Bagaimana dengan Malaysia ? Bukankah operator selularnya begitu banyak ?

Dari pernyataan diatas, berikut dampak radiasi handphone dan menara BTS tersebut :
1. Resiko kanker otak pada anak-anak dan remaja meningkat 400% akibat penggunaan ponsel. Makin muda umur pengguna ponsel, makin besar resiko yang didapat.
2. Pada orang dewasa penggunaan ponsel 30menit/hari selama 10 tahun dapat meningkatkan resiko kanker dan acoustic neuroma (sejenis tumor yang menyebabkan tuli).
3. Radiasi ponsel juga dapat menurunkan produksi sperma laki-laki sampai 30%.
4. Frekuensi radio pada ponsel juga menyebabkan perubahan DNA pada tubuh dan melepas radikal bebas. Radikal bebas bersifat karsinogenik atau pemicu kanker.
5. Medan elekromagnetik disekitar menara BTS dapat mengurangi sistem kekebalan tubuh, akibatnya tubuh mengalami reaksi alergi seperti ruam dan gatal-gatal.
6. Akibat pemakaian ponsel yang berlebihan , frekuensi radio yang digunakan (900 MHz, 1800 MHz and 2450 MHz) dapat meningkatkan temperatur di lapisan mata sehingga memicu kerusakan kornea.
7. Risiko kelenjar air ludah meningkat akibat penggunaan ponsel secara berlebihan.
8. Medan magnetik di sekitar ponsel yang menyala bisa memicu kerusakan sistem syaraf yang berdampak pada gangguan tidur. Dalam jangka panjang kerusakan itu dapat mempercepat kepikunan.
9. Medan elektromagnetik di sekitar BTS juga berdampak pada lingkungan hidup. Burung dan lebah juga mengalami disorientasi atau kehilangan arah sehingga mudah stress karena tidak bisa menemukan jalan pulang ke sarang mereka.


Dari maklumat SKMM penggunaan TelePhone (hp) Terdapat sebanyak 40 Jutaan pendaftaran. Sedangkan penduduk Malaysia dalam linkungan 30 Juta orang sahaja. Amatlah penting untuk kita mengurangkan Kesan rediasi ini kehidupan Keluarga kita. Masih banyak bahaya radiasi handphone yang “mungkin” saja sudah diketahui kita bersama tapi masih sangat sulit sekali memisahkan handphone dari kehidupan masyarakat. Saat ini sudah 3 milion orang memakai handphone diseluruh dunia (dan masih akan terus bertambah), bayangkan radiasi yang ditimbulkan dari setiap handphone tersebut apabila digabungkan. Bahkan angka ini lebih besar daripada pengguna rokok. Seperti telah diketahui pengguna rokok meninggal 5 juta orang setiap tahunnya. Bagaimana dengan penggunaan handphone ? kita bisa lihat dalam jangka waktu ke depan.
Saat ini badan lingkungan eropa telah mendorong untuk menyelidik lebih lanjut. Badan independen ini mengungkapkan bahaya readiasi bebas lebih berbahaya dari  merokok, dan gas petrol. Kepala sebuah penelitian cancer terkemuka di University of Pittsburgh mengirim memo kepada seluruh karyawan mendesak mereka untuk membatasi penggunaan telephone seluler karena kemungkinan resiko cancer.
Sangat sulit memang melepaskan “teman setia” dalam hidup kita, tapi kalau itu sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Wajib dipikirkan lagi ya kawan. Untuk, tidak dapat dinafikan kalau handphone sangat Penting komunikasi kita dengan orang-orang sekitar, maka dari itu, ada beberapa tips dari Ann Louise Gittleman, PhD, penulis buku bestseller versi harian New York Times, Zapped untuk meminimalisasi radiasi bebas telephone :
1. Aktifkan speaker
Menggunakan speaker saat berbicara akan mengurangi energi dan tingkat kekuatan radiasi handphone. Semakin jauh dari antena handphone maka semakin sedikit radiasinya. Kabel headset pada banyak ponsel juga bisa digunakan untuk antena, sehingga penggunaan headsetpun tidak bisa meminimalkan radiasi handphone.
2. Lebih baik SMS-an saja
SMS mengurangi paparan radiasi, karena terhindar dari kepala dan tubuh kita, tapi jangan memangku handphone tsb. Karena pada kaum Adam boleh menyebabkan merusak vitalitas dan motilitas, volume sperma akan meningkat, sehingga tak akan baik pengaruhnya untuk rahim.
3. Pilih profile OFFLINE mode
Saat tidak digunakan usahakan handphone dimatikan, atau paling tidak pilih offline mode, standalone, atau flightmode yang akan mematikan transmitternya.
4. Gunakan Bergilir-gilir di antara telinga kanan dan kiri
Pada saat menelepon jangan terpaku dengan satu pendengaran saja, harus diimbangkan antara telinga kanan dan kiri, secara Bergilir-gilir. Hal ini boleh mengurangkan paparan pada satu sisi Pendengaran saja, yang sering dikaitkan dengan meningkatnya risiko tumor otak dan cancer kelenjar ludah pada telinga yang sering digunakan untuk mendengarkan Telefhone.
5. Hindari ruang sempit
Karena akan menyebabkan radiasi terpusat pada ruangan tersebut.
6. Perhatikan signal Hp anda
Jangan menggunakan hp ketika signal lemah, atau ketika Anda sedang memandu di dalam kenderaan yang melaju sangat cepat (kereta api juga termasuk). Pada saat signal lemahpun usahakan tidak untuk menerima telepon, karena handphone akan sangat bekerja keras untuk mencari sinal, dan ini meningkatkan gelombang radiasi 1000 kali ganda dari handphone




Kunjungi page kami di https://www.facebook.com/HalalNiaga
terima kasih kerana surport kami untuk terus berkarya ....



Selasa, 26 Mei 2015

Tips penjagaan anak anak

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.


2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.


3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.


4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.


5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.


Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita. 👆

Post Ini ditaja Oleh Halal Niaga lawati
Jam counterclockwise ....
 Buat duit rumah

Isnin, 25 Mei 2015

Cium Duit Halal atau Haram

Melayu... nak kaya punya pasal siap ada ritual cium berkepuk2 duit bagai. Gambar ini merupakan salah satu aktiviti dalam sebuah seminar motivasi menambah kekayaan. Mungkin dengan mencium bau duit boleh menambahkan motivasi untuk mendapatkan lebih banyak wang ringgit. Aku tak tahulah sama ada orang Melayu yang kaya2 ni atau mungkin taikun2 Cina ada buat ritual cium duit macam ni jugak.   








Seperti yang tertulis di laman Facebooknya, peserta (rata2 orang Melayu) yang nak join kursus yang dipanggil Seminar Aura Mind Power & Money Magnet ini kena bayar yuran sebanyak RM725 dapat percuma set produk aura 6 jenis bernilai RM308 serta nota, 3 x makan minum dan sijil. Peserta yang berminat akan diajar cara2 untuk mencari solusi kejayaan dengan kaedah kuasa minda, aura dan spiritual, serta menjadi magnet menarik rezeki melimpah ruah menggunakan The Secret Law of Attraction. 

Seriously, dah la nak masuk seminar kena bayar yuran bapak mahal, dah tu apa point cium duit lepas tu siap berdoa bagai? Adakah dengan amalan mencium duit akan menjadikan diri kita mempunyai daya medan magnet yang mampu menarik duit menggunakan kuasa minda dan aura 10 juta petala langit. Adakah dengan menghirup bau wang bakal merubah hidup menjadi jutawan yang cemerlang, terbilang dan gemilang? Mengapa Melayu gemar melakukan perkara2 pelik sebegini?

admin tak kata apa apa selagi kita tak rujuk kepada Ulamak harap dapat la Dr marza atau mana mana Ustaz tolong jelas kan (admin tak pegi tau seminar ni huhu)

Moral :- berhati hati la menjatuhkan hukum

post ini di taja kawan admin gi la call dia huhu




Ahad, 24 Mei 2015

Evolusi Handphone



Kini dah timbul satu lagi revolusi, Buat duit dengan handphone, dulu orang pakai handphone, just untuk telefon sahaja, kini telefon dah boleh buat macam-macam, tapi hari ni kita buat assignment dulu, mungkin dapat bantu adik-adik yang nak buat assignment diorang tentang handphone dulu, pasal duit kita cerita nanti.

Ok antara telefon mudah alih yang start ada satu ketika dulu ialah dari jenis besar gedabak seperti ini.

Dulu, handphone-handphone begini tiada simcard, so takde la prepaid, dah mula start orang pakai kat Malaysia tahun 90-an, tapi tak ramai sebab mahal masa tu, dan telco pun tak banyak.

Lepas tu tahun 99 dah mula keluar telco yang pelbagai, ada Celcom, TM-Touch, maxis dan apa satu lagi selalu ada kat highway je (Adam kalau tak salah atau Timecel)... dan masa tu tak semua kawasan ada line, so kena beli ikut line kawasan masing-masing, masa tu kalau ada handphone, lepas kena band, handphone tu kena pulang balik kat telco, kalau nak pakai balik pun tak boleh, kena unclock code, nak unclock code kena bayar dulu..huh tu dulu...

Lepas dari tu keluarlah handphone ber simcard, sbb byk telefon tak dipulangkan balik agaknya so diorang kena buat handphone yg ada simcard mudah sikit..so keluarlah prepaid..kad Pra-Bayar tu..

bermula dengan handphone yang ada antena, sampailah denan yang tiada antena, masing-masing ada masa dan trend masing-masing, masa zaman telefon besar, siapa pakai handphone kecik-kecik tu dia la orang kaya, yelah sebab masa tu mahal, lepas tu keluar trend antena pula, awal-awal antena panjang-panjang, lepas tu start dengan antena pendek-pendek, siapa pakai yg panjang tu old fashion lagi, sampai la keluar yang fashion takde antena dimulakan dengan Nokia 3210,3310 dan macam-macam ten lagi...

Selepas handphone dah puas keluarkan dari trend antena, diorang lawan pula dari segi fungsi screen, dulu boleh pakai setakat nampak nombor, lepas tu keluar pula boleh baca teks, then jadi gambar dengan bentuk pixel. masa ni, telco semua pula baru nak start jadikan pesanan ringkas sebagai satu bahan ujikaji, masa ni merasa la pakai phone dengan sms yang percuma, yelah trial version, lama tu, Sempat la berchating dengan awek-awek masa tu...memang puas, sebab sms tak di charge...hahaa....Free Of charge

Sekarang dah lain, semua di charge, event data pakej pun..huh...sekarang lawan siapa punya screen pula boleh slide pula..atau dipanggil sebagai smartphone, semua nak jadikan computer boleh bawa atau laptop kecil, yang boleh simpan dalam poket, biar apa yang ada dalam komputer dipejabat boleh dibawa kemana sahaja, seperti email, dokumen dan macam-macam lagi...itu yang dipanggil communicator atau pda handphone.

Berputik dari sini lah , kebanyakan pengeluar telefon mula untuk berlumba-lumba mengeluarkan sebuah telefon yang mampu menjadikan komputer sebagai sebuah komputer yang boleh dibawa kemana sahaja. dan ia bercambah sebagai sebuah evolusi yang begitu dasyhat. sehinggakan setiap telefon juga mempunyai software apps sendiri ada yang android, symbian, ios dan macam-macam lagi. Keypad pun kebanyakan handphone dah hilang...semua dah build-in dalam screen.

walau apa pun evolusinya, tapi handphone ni dah jadi satu keperluan untuk semua orang, nak atau tidak, dia tetap akan guna, sebab menjadi satu kepentingan, walau budak sekolah rendah pun. Nanti kita sambung macam mana nak buat duit dengan handphone pula. dah alang-alang, semua orang guna handphone, dari takde dapat apa-apa baik kita buat duit, sambil-sambil guna sambil-sambil dapat duit, siapa nak bagi kan?.