Melayu... nak kaya punya pasal siap ada ritual cium berkepuk2 duit bagai. Gambar ini merupakan salah satu aktiviti dalam sebuah seminar motivasi menambah kekayaan. Mungkin dengan mencium bau duit boleh menambahkan motivasi untuk mendapatkan lebih banyak wang ringgit. Aku tak tahulah sama ada orang Melayu yang kaya2 ni atau mungkin taikun2 Cina ada buat ritual cium duit macam ni jugak.
Seperti yang tertulis di laman Facebooknya, peserta (rata2 orang Melayu) yang nak join kursus yang dipanggil Seminar Aura Mind Power & Money Magnet ini kena bayar yuran sebanyak RM725 dapat percuma set produk aura 6 jenis bernilai RM308 serta nota, 3 x makan minum dan sijil. Peserta yang berminat akan diajar cara2 untuk mencari solusi kejayaan dengan kaedah kuasa minda, aura dan spiritual, serta menjadi magnet menarik rezeki melimpah ruah menggunakan The Secret Law of Attraction.
Seriously, dah la nak masuk seminar kena bayar yuran bapak mahal, dah tu apa point cium duit lepas tu siap berdoa bagai? Adakah dengan amalan mencium duit akan menjadikan diri kita mempunyai daya medan magnet yang mampu menarik duit menggunakan kuasa minda dan aura 10 juta petala langit. Adakah dengan menghirup bau wang bakal merubah hidup menjadi jutawan yang cemerlang, terbilang dan gemilang? Mengapa Melayu gemar melakukan perkara2 pelik sebegini?
admin tak kata apa apa selagi kita tak rujuk kepada Ulamak harap dapat la Dr marza atau mana mana Ustaz tolong jelas kan (admin tak pegi tau seminar ni huhu)
Moral :- berhati hati la menjatuhkan hukum
post ini di taja kawan admin gi la call dia huhu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan