Selasa, 26 Mei 2015

Tips penjagaan anak anak

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.


2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.


3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.


4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.


5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.


Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita. 👆

Post Ini ditaja Oleh Halal Niaga lawati
Jam counterclockwise ....
 Buat duit rumah

Isnin, 25 Mei 2015

Cium Duit Halal atau Haram

Melayu... nak kaya punya pasal siap ada ritual cium berkepuk2 duit bagai. Gambar ini merupakan salah satu aktiviti dalam sebuah seminar motivasi menambah kekayaan. Mungkin dengan mencium bau duit boleh menambahkan motivasi untuk mendapatkan lebih banyak wang ringgit. Aku tak tahulah sama ada orang Melayu yang kaya2 ni atau mungkin taikun2 Cina ada buat ritual cium duit macam ni jugak.   








Seperti yang tertulis di laman Facebooknya, peserta (rata2 orang Melayu) yang nak join kursus yang dipanggil Seminar Aura Mind Power & Money Magnet ini kena bayar yuran sebanyak RM725 dapat percuma set produk aura 6 jenis bernilai RM308 serta nota, 3 x makan minum dan sijil. Peserta yang berminat akan diajar cara2 untuk mencari solusi kejayaan dengan kaedah kuasa minda, aura dan spiritual, serta menjadi magnet menarik rezeki melimpah ruah menggunakan The Secret Law of Attraction. 

Seriously, dah la nak masuk seminar kena bayar yuran bapak mahal, dah tu apa point cium duit lepas tu siap berdoa bagai? Adakah dengan amalan mencium duit akan menjadikan diri kita mempunyai daya medan magnet yang mampu menarik duit menggunakan kuasa minda dan aura 10 juta petala langit. Adakah dengan menghirup bau wang bakal merubah hidup menjadi jutawan yang cemerlang, terbilang dan gemilang? Mengapa Melayu gemar melakukan perkara2 pelik sebegini?

admin tak kata apa apa selagi kita tak rujuk kepada Ulamak harap dapat la Dr marza atau mana mana Ustaz tolong jelas kan (admin tak pegi tau seminar ni huhu)

Moral :- berhati hati la menjatuhkan hukum

post ini di taja kawan admin gi la call dia huhu




Ahad, 24 Mei 2015

Evolusi Handphone



Kini dah timbul satu lagi revolusi, Buat duit dengan handphone, dulu orang pakai handphone, just untuk telefon sahaja, kini telefon dah boleh buat macam-macam, tapi hari ni kita buat assignment dulu, mungkin dapat bantu adik-adik yang nak buat assignment diorang tentang handphone dulu, pasal duit kita cerita nanti.

Ok antara telefon mudah alih yang start ada satu ketika dulu ialah dari jenis besar gedabak seperti ini.

Dulu, handphone-handphone begini tiada simcard, so takde la prepaid, dah mula start orang pakai kat Malaysia tahun 90-an, tapi tak ramai sebab mahal masa tu, dan telco pun tak banyak.

Lepas tu tahun 99 dah mula keluar telco yang pelbagai, ada Celcom, TM-Touch, maxis dan apa satu lagi selalu ada kat highway je (Adam kalau tak salah atau Timecel)... dan masa tu tak semua kawasan ada line, so kena beli ikut line kawasan masing-masing, masa tu kalau ada handphone, lepas kena band, handphone tu kena pulang balik kat telco, kalau nak pakai balik pun tak boleh, kena unclock code, nak unclock code kena bayar dulu..huh tu dulu...

Lepas dari tu keluarlah handphone ber simcard, sbb byk telefon tak dipulangkan balik agaknya so diorang kena buat handphone yg ada simcard mudah sikit..so keluarlah prepaid..kad Pra-Bayar tu..

bermula dengan handphone yang ada antena, sampailah denan yang tiada antena, masing-masing ada masa dan trend masing-masing, masa zaman telefon besar, siapa pakai handphone kecik-kecik tu dia la orang kaya, yelah sebab masa tu mahal, lepas tu keluar trend antena pula, awal-awal antena panjang-panjang, lepas tu start dengan antena pendek-pendek, siapa pakai yg panjang tu old fashion lagi, sampai la keluar yang fashion takde antena dimulakan dengan Nokia 3210,3310 dan macam-macam ten lagi...

Selepas handphone dah puas keluarkan dari trend antena, diorang lawan pula dari segi fungsi screen, dulu boleh pakai setakat nampak nombor, lepas tu keluar pula boleh baca teks, then jadi gambar dengan bentuk pixel. masa ni, telco semua pula baru nak start jadikan pesanan ringkas sebagai satu bahan ujikaji, masa ni merasa la pakai phone dengan sms yang percuma, yelah trial version, lama tu, Sempat la berchating dengan awek-awek masa tu...memang puas, sebab sms tak di charge...hahaa....Free Of charge

Sekarang dah lain, semua di charge, event data pakej pun..huh...sekarang lawan siapa punya screen pula boleh slide pula..atau dipanggil sebagai smartphone, semua nak jadikan computer boleh bawa atau laptop kecil, yang boleh simpan dalam poket, biar apa yang ada dalam komputer dipejabat boleh dibawa kemana sahaja, seperti email, dokumen dan macam-macam lagi...itu yang dipanggil communicator atau pda handphone.

Berputik dari sini lah , kebanyakan pengeluar telefon mula untuk berlumba-lumba mengeluarkan sebuah telefon yang mampu menjadikan komputer sebagai sebuah komputer yang boleh dibawa kemana sahaja. dan ia bercambah sebagai sebuah evolusi yang begitu dasyhat. sehinggakan setiap telefon juga mempunyai software apps sendiri ada yang android, symbian, ios dan macam-macam lagi. Keypad pun kebanyakan handphone dah hilang...semua dah build-in dalam screen.

walau apa pun evolusinya, tapi handphone ni dah jadi satu keperluan untuk semua orang, nak atau tidak, dia tetap akan guna, sebab menjadi satu kepentingan, walau budak sekolah rendah pun. Nanti kita sambung macam mana nak buat duit dengan handphone pula. dah alang-alang, semua orang guna handphone, dari takde dapat apa-apa baik kita buat duit, sambil-sambil guna sambil-sambil dapat duit, siapa nak bagi kan?.